9 December 2017 – 7.01pm – MAJLIS PELANCARAN CAWANGAN BARU SEREMBAN SELATAN BAHAGIAN REMBAU, NEGERI SEMBILAN.

Dato Saravanakumar, Naib Presiden merangkap Pengerusi MMSP Negeri Sembilan telah merasmikan Majlis Pelancaran Cawangan Baru Seremban Selatan Bahagian Rembau, Negeri Sembilan pada 9 December 2017 di Pejabat Seremban Selatan. Majlis ini dipengerusikan oleh En Ganapathi – Ketua Cawangan Seremban Selatan. Seramai 100 ahli baru telah hadir bagi menjayakan majlis pelancaran tersebut.

Dalam ucapan Dato Saravanakumar, mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur dan semua ahli-ahli yang hadir kerana berjaya menganjurkan majlis yang amat besar maknanya ini.

Beliau juga menyatakan bahawa kekuatan sesebuah parti politik terletak kepada bilangan ahli yang komited, memahami dan menjayakan objektif penubuhan parti ini. Dengan itu, kita perlu sentiasa fokus kepada penyampaian, tunaikan janji kita, luangkan masa bertemu dan dengar denyut nadi rakyat, apa hasrat dan keperluan mereka.

Turut hadir bersama, En Kanesh – Naib Pengerusi MMSP Negeri Selangor merangkap Ahli Jawatankuasa Pusat (CCM) serta Ahli Jawatankuasa Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Sembilan.