09 Disember 2017 – Majlis Perasmian International Silambam Fiesta 2017 di Padang Awam Jawi, Pulau Pinang Anjuran Persatuan Silambam Porr Kalai Pulau Pinang dengan kerjasama Majlis Silambam Porr Kalai Malaysia.

Program ini dengan penuh meriah dirasmikan oleh Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran, President PARTI MAKKAL SAKTI Malaysia merangkap Penaung Persatuan. Beliau berkata, Silambam merupakan satu seni yang berasal dari India yang merupakan Ibu kepada semua seni Mempertahankan Diri. Maka, seni ini perlu dibawa kepada semua Kaum terutama di negeri Pulau Pinang. Beliau juga berkata akan sentiasa bersedia untuk membantu dan menyokong Silambam Porr Kalai. Persatuan Silambam Porr Kalai Pulau Pinang sentiasa akan menyokong dan juga tetap bersama Datuk Seri R.S Thanenthiran.

Dalam masa yang sama Datuk Seri telah memberi sumbangan Wang sebanyak RM 15,000.00 untuk program tersebut, ini merupakan satu perkara yang perlu diambil kepada pihak media, tiada Sebarang Agensi kerajaan yang membantu tetapi Datuk Seri telah memberikan sumbangan ini walaupun dalam masa yang singkat, Baru menyempurnakan mesyuarat Agung Perwakilan Parti beliau tetapi beliau sanggup bersama kita.

Turut hadir bersama YB Datuk OG. Shanmugam selaku Pengerusi MMSP Kedah, Grand Master Mooralitharan selaku President MSPKM, Master Suresh selaku Timbalan President MSPKM merangkap Pengerusi Persatuan Silambam Porr Kalai Melaka, En. Logenthiran selaku Ketua Pemuda merangkap Timbalan Pengerusi MMSP Pulau Pinang, Master Gunalan selaku Pengerusi MSPKPerak merangkap Ketua Biro Pengadil MSPKM, Master Raniyammal selaku Pengerusi Negeri Selangor, serta Ahli-ahli Silambam dari seluruh Negeri dan Negara.