SUNGAI PETANI, 1 Februari 2018 – “Saya minta pihak berkuasa menyiasat kes ini ke lubang cacing kerana akibat terkena serpihan mercun disebabkan ramai orang awam terkena dengan akibat ini,” katanya Presiden, Parti Makkal Sakti Malaysia YBhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran malam tadi.

Datuk Seri.R.S.Thanenthiran Turut berkata “Biasanya dalam apa juga insiden yang berlaku kerajaan BN akan beri bantuan segera (kepada mangsa),” seperti mana dikatakan oleh YAB Dato’ Seri DiRaja Ahmad Bashah, Menteri Besar Kedah.

Datuk Seri.R.S.Thanenthiran, minta pihak polis untuk menjalankan siasatan terperinci terhadap kejadian itu yang menyebabkan ramai yang cedera serta Kanak-kanak yang tidak berdosa.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam semalam, lebih 50 pengunjung Kuil Sri Subramaniya Swami cedera selepas terkena letupan mercun ketika sedang menyaksikan perarakan kereta berhala yang keluar dari kuil.

Datuk Seri.R.S.Thanenthiran, memberi kata-kata semangat kepada mangsa kejadian di Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani.Kedah. Turut mengiring bersama Pengerusi Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Kedah Datuk OG. Shanmugam dan Ahli ahli parti.