22hb January 2018 (Isnin) – YBhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran, Pengerusi Parti Makkal Sakti Malaysia merangkap Pengerusi Yayasan Sakti hari ini merasmikan Sambungan Bumbung Tambahan Tapak Perhimpunan Sekolah Menengah Kebangsaan Kampong Kastam, Butterworth, Pinang.

Sekolah berkenaan merupakan projek yang dibangunkan oleh Yayasan Sakti di atas tapak perhimpunan Sekolah tersebut. Sekolah ini mempunyai seramai 600 orang murid bagi sesi pagi dan petang. Bagi menjamin kelancaran dan keselamatan murid dan sekolah, pihak PIBG dan LPS mengambil langkah yang baik; demi menjaga prestasi Hal Ehwal murid. katanya’ Naib Pengerusi jawatankuasa majlis En.M.Ragunathan.

YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran. memberi ucapan perasmian; Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, kita sedia maklum bahawa sekolah sebagaiagen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk suasana Iklim danpersekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah PendidikanKebangsaan.

Pengurusan disiplin di sekolah memerlukan komitmen daripada semua pihak agar kemenjadian murid akan lebih cemerlang, untuk itu dengan penambah baikan infrastructure Sekolah ini amat diperlukan demi menjaga SOP Persekitaran Sekolah. Sukalah saya mengingatkan anak-anak agar dapat memberi tumpuan yang sepenuhnya kepada pelajaran. Manfaatkanlah segala peluang yang ada untukmenimba ilmu dan mengasah bakat dengan sebaik mungkin supaya anda menjadiinsan yang berjaya.

Dengan ini saya sukacintanya merasmi dan mengumumkan bahawa” mulai hari ini SMK Kampong Kastam adalah Sekolah angkat (Adopted School) Yayasan Sakti dan pihak Yayasan Sakti akan memberi segala bantuan yang diperlukan oleh pihak pengurusan sekolah katanya’ dalam ucapan perasmian Majlis Perasmian Sambungan Bumbung Tapak Perhimpunan SMK Kampong Kastam, Butterworth, Pinang.