22hb Januari 2018, IPOH: Jentera Barisan Nasional (BN) Perak sudah bersedia sepenuhnya menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) pada bila-bila masa, kata Pengerusinya, YAB Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“Dari segi persiapan di peringkat BN (negeri), saya boleh sebutkan kita sudah buat persiapan itu,” katanya. Dikediaman rasmi YAB Menteri Besar Perak.

Beliau berkata demikian kepada para hadiran selepas merasmikan Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Perak Bersama Sahabat Barisan Nasional. Turut hadir Setiausaha Agung merangkap Setiausaha Negeri Perak Sdr.S.Sutager, Ketua-ketua Bahagian Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Perak. K.Pemuda. K.Wanita dan para ahli turut hadir.