20 Januari 2018 – 10.01am, Wanita & Puteri Parti Makkal Sakti Malaysia telah menghadiri Majlis Pelancaran Azalea 2018 yang berlangsung di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana di sini hari ini.

Program Azalea 2018 telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak ini adalah bertujuan memperlihatkan kesepakatan dan kerjasama erat antara Puteri komponen dan golongan wanita muda dalam memberi sokongan kepada BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) yang sudah semakin hampir.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, En Sutager Subramaniam, Setiausaha Kehormat Kebangsaan MMSP serta Pemimpin – Pemimpin Tertinggi Barisan Nasional.

AZALEA 2018 Bukti Anak Muda Tetap Bersama Barisan Nasional!

#Azalea2018
#MalaysiaTerusMajuBersamaBN