31 December 2017 – 3.05pm, KLANG: Parti Makkal Sakti Malaysia Bahagian Kapar, Klang Negeri Selangor telah menganjurkan Program Kembali Ke Sekolah di sini, pada Ahad lepas.

Ketua Bahagian Kapar, En Navalakan berkata program ini diadakan untuk memberi peluang kepada 50 kanak-kanak di Bahagian Kapar. Program ‘Kembali Ke Sekolah’ merupakan program komuniti bagi membantu pelajar-pelajar yang kurang berkemampuan mendapatkan pembiayaan persediaan untuk kembali ke sekolah.

“Ini adalah sumbangan kami Parti Makkal Sakti Malaysia Bahagian Kapar memberi beg sekolah untuk meringankan bebanan keluarga mereka dan ia juga diharapkan dapat memberi semangat kepada kanak-kanak berkenaan untuk memulakan sesi baharu persekolahan bagi Tahun 2018” katanya oleh En Navalakan.

Bantuan disampaikan oleh Encik Kanesh – Naib Pengerusi Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Selangor yang mewakili Presiden MMSP, Datuk Seri R.S Thanenthiran dalam majlis yang diadakan di Kapar, Klang.

Yang turut hadir ialah, UMNO Naib Ketua Bahagian Kapar, Tn. Hj. Azhar Bin Hj. Ayob dan Ketua Bahagian MIC Kapar, En. Gopal Krishnan.

#OurCommunityOurResponsibility
#TheNewHope