15 January 2018 – YBhg En. SK. Rao, Ketua Parti Makkal Sakti Malaysia Bahagian Tanjung Malim & Muallim dengan kerjasama Y.Bhg.En.Vijiakumar, Pengerusi Kuil Sri Meenatchi Amman, Slim River, telah menganjurkan aktiviti Pesta Ponggal bagi tahun 2018. Aktiviti ini telah dilaksanakan sejak pada 14 January dan hari kedua 15 January yang bermula pada jam 5.00 petang sehingga 10.00 malam. Program ini telah dihadiri kira-kira seramai 1000 orang penduduk sekitar Parlimen Tanjung Malim berkenaan.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi semangat kejiranan antara penduduk kaum India beragama Hindu dengan melaksanakan memasak nasi manis (Pongal) Tarik tali, Pertandingan mewarna dan lain-lain. Melalui aktiviti ini, masyarakat yang berlainan kaum dan agama dapat memahami kebudayaan dan adat resam kaum India yang beragama Hindu.

YB. Datuk Dr Mah Hang Soon selaku Adun Chenderiang sudi hadir bagi merasmikan majlis ini dan mengumumkan peruntukan sebanyak RM 20,000.00 untuk tempat ibadat Kuil Seri Meenatchi Amman, Slim River,Perak.

Turut hadir bersama adalah Y.B Dato.Mohd Khusairi Bin Abdul Talib selaku Adun Slim, dan YBhg.Sdr.Anggun mewakili Y.B.Dato Rusnah Adun Behrang. En.Gopalakrishnan Naib President Parti Makkal Sakti Malaysia, Pn.Vanaja Tim.Ketua Wanita Kebangsaan merangkap K.Wanita N.Perak MMSP, Ketua Pemuda Kebangsaan Sdr.Manimaran, Pn.Nalini Setiausaha Wanita Kebangsaan MMSP, Ketua-Ketua Bahagian En.Dass, En.Raman MMSP, YBhg.Dato Moses Ramaiyah, Setiausaha Kuil Seri Meenatchi Amman Sdr. Kumaresan, dan Pemimpin parti politik dan NGO.

Majlis penyampaian sumbangan kotak makanan kepada Ahli Parti Makkal Sakti telah diedarkan setiap seorang, dan menyampain hadiah kepada peserta turut diadakan. Majlis diserikan dengan hidangan jamuan makan malam.