11 February 2018 – NILAI: Gerak Gempur Jentera Pilihanraya-14 Anjuran Parti Makkal Sakti Malaysia Cawangan Spring Hill Bahagian Telok Kemang di Bandar Spring Hill, Lukut Negeri Sembilan hari ini dilancarkan dengan sederhana tetapi meriah.

Majlis ini diadakan bertujuan merasmikan pelancaran jentera pilihanraya Cawangan Spring Hill, NS bagi menghadapi pilihanraya umum ke 14.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia dengan gimik pelancaran memotong ribbon bunting pilihanraya sebagai simbolik yang menunjukkan semua jawatankuasa MAKKAL SAKTI CAWANGAN SPRING HILL telah bersiap sedia untuk gerak gempur menjelang PRU14.

Majlis ini telah menyaksikan Slot Penyampaian borang keahlian yang lengkap oleh Ketua Cawangan kepada Presiden Parti. Ketua-ketua yang telah menyampaikan Borang Keahlian ini adalah dari Cawangan Springhill Residence 1, Springhill Residence 2, PD Utama dan cawangan Indah Jaya Lukut. Majlis diteruskan dengan Perasmian Bangunan Cawangan Springhill Bahagian Telok Kemang.

Turut hadir bersama, En Sutager Subramaniam – Setiausaha Kehormat Kebangsaan MMSP, En Manimaran Armugam – Ketua Pemuda Kebangsaan MMSP, Puan Naliny Devi – Setiausaha Wanita Kebangsaan MMSP, En DevyaanThiran Veeraiah – Setiausaha Pemuda Kebangsaan MMSP, En Gouthaman – Timbalan MMSP Negeri Sembilan merangkap Ahli Majlis Tertinggi MMSP dan En Kanesh – Naib Pengerusi MMSP Negeri Selangor merangkap Majlis Tertinggi MMSP.