11 Februari 2018 – Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri R.S Thanenthiran merasmikan kilang membuat sarung tangan Mega Wonder Enterprise.

Beliau telah memuji inisiatif Uthaya Kumar yang merupakan Ahli Parti Makkal Sakti Malaysia membuka peluang pekerjaan kepada masyarakat India dan Ahli Parti yang berada disekitar kawasan yang berdekatan.

Tambahan pula, Cawangan Taman Cempaka dan Cawangan Seremban Selatan Dalam juga telah dilancarkan pada waktu yang sama sebagai tanda mengukuhkan
NAMA PARTI di kawasan ini Bahagian Rembau.

YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran juga telah menyatakan bahawa banyak peluang pekerjaan khususnya untuk orang orang India amat penting untuk memastikan kekuatan ekonomi dan tahap kewangan mereka terjaga.

Program ini turut dihadiri, Dato SaravanaKumar – Naib Presiden MMSP, En Sutager Subramaniam – Setiausaha Kehormat Kebangsaan MMSP, En Manimaran Armugam – Ketua Pemuda Kebangsaan MMSP, Puan Naliny Devi – Setiausaha Wanita Kebangsaan MMSP, En DevyaanThiran Veeraiah – Setiausaha Pemuda Kebangsaan MMSP, En Gouthaman – Timbalan MMSP Negeri Sembilan merangkap Ahli Majlis Tertinggi MMSP, En Kanesh – Naib Pengerusi MMSP Negeri Selangor merangkap Majlis Tertinggi MMSP dan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi MMSP Negeri Sembilan.

Sekian.

#BarisanNasional
#RakyatDidahulukan