11 Februari 2018 – REMBAU: Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datukb Seri R.S Thanenthiran mahu En Gouthaman, selaku Ketua Bahagian MMSP Rembau dan semua ahli-ahli MAKKAL SAKTI Bahagian Rembau menggunakan kesempatan mesyuarat itu untuk bangkit bersama-sama memperincikan persiapan jentera dan menggariskan strategi ke arah kesiapsiagaan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

“Jangan ada kelalaian atau kekurangan nanti apabila kita semua dipanggil berjuang di barisan hadapan untuk Parti Makkal Sakti Malaysia…”

Datuk Seri R.S Thanenthiran berkata, dalam keadaan sekarang yang sudah berada pada tahap ‘gear’ 3 dan 4 PRU, semua bahagian perlu bergerak ke arah persediaan itu.

Rakyat semakin selesa dengan Barisan Nasional (BN), maka janganlah kita buang peluang yang ada ini begitu saja.

“Sebaliknya, biarlah usaha, kerja dan tenaga kita ditumpukan kepada usaha untuk membina kekuatan parti sehinggalah kita mencipta kemenangan katanya oleh Datuk Seri R.S Thanenthiran.”

Turut hadir bersama, Dato SaravanaKumar – Naib Presiden MMSP, En Sutager Subramaniam – Setiausaha Kehormat Kebangsaan MMSP, En Manimaran Armugam – Ketua Pemuda Kebangsaan MMSP, Puan Naliny Devi – Setiausaha Wanita Kebangsaan MMSP, En DevyaanThiran Veeraiah – Setiausaha Pemuda Kebangsaan MMSP, En Gouthaman – Timbalan MMSP Negeri Sembilan merangkap Ahli Majlis Tertinggi MMSP, En Kanesh – Naib Pengerusi MMSP Negeri Selangor merangkap Majlis Tertinggi MMSP dan ahli-ahli Jawatankuasa Tertinggi MMSP Negeri Sembilan.

#BarisanNasional
#RakyatDidahulukan