16 Februari 2018 – Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Anjuran Parti MCA yang diadakan di Ibu Pejabat MCA di Ampang hari ini.

Program yang dihadiri Oleh YAB Perdana Menteri Malaysia dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia ini dimeriahkan dengan paluan gendang dan Tarian Singa sebagai tanda mulanya tahun baharu.

Presiden Parti telah mengucapkan Ucapan Selamat Tahun Baharu Cina Kepada Datuk Sri Liow Tiong Lai selaku Presiden MCA serta Ahli Ahli Majlis Tertinggi MCA yang turut memeriahkan Program ini.

Turut hadir bersama En. Sutager, Setiausaha Kehormat Kebangsaan, En. Manimaran, Ketua Pemuda Kebangsaan, En. Vijayakumar, Ahli Majlis Tertinggi dan En. SK Rao Ahli Majlis Tertinggi MMSP.