23 Februari 2018 – Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah menghadiri Program Ramah Mesra bersama Masyarakat Di Maxwell Inn, Taiping. Program anjuran MMSP Bahagian Taiping di bawah Ketua Bahagian MMSP Taiping Dato’ Balraaj Singh telah memperlihatkan kehadiran Ahli Ahli Parti Makkal Sakti Bahagian Taiping.

Dato’ Balraaj telah menyatakan bahawa beliau hanya ingin berkhidmat Kepada masyarakat Malaysia dan bukannya berfokus kepada satu etnik sahaja.

Presiden Parti semasa ucapan Perasmian telah menyatakan bahawa sebagai seorang Pemimpin haruslah bersifat ‘buta warna’ dimana pertolongan dan perkhidmatan diberikan tanpa mengira kaum atau bangsa.

Selain itu beliau juga telah menyatakan bahawa aktiviti yang dilakukan Oleh Dato Balraaj Singh adalah Selaras dengan polisi parti yang menitikberatkan perkhidmatan Kepada masyarakat.

Ybhg Datuk Seri juga telah menyatakan bahawa Kerajaan Barisan Nasional merupakan satu satunya kerajaan yang telah memberikan keutamaan kepada masyarakat India khususnya di bawah pentadbiran YAB Dato Seri Najib Tun Razak, dan jangan sekali kali mempercayai tohmahan dan tular pihak pembangkang.

Presiden Parti dengan bangganya telah menyampaikan Cek bernilai RM 20,000 Kepada Dato Balraaj untuk Program Perayaan Vaisakhi yang akan diadakan pada bulan April.

Cek bernilai RM 3000 Kepada PIBG SM Seri Kota untuk Program Peningkatan SPM dan PT3.

Cek bernilai RM 1000 Kepada Persatuan Tenis Taiping.

Komputer Riba Kepada Murid Cemerlang akan diberikan minggu hadapan.

Geran penyelidikan di Sabah sebanyak RM 5000 Kepada mahasiswa Universiti.

Sumbangan Vasakhi bersama Dato’ Balraaj Kepada masyarakat Taiping.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here