24hb Feb 2018, Pahang – Isu kerajaan perpaduan ini sudah jelas menampakkan bahawa pembangkang (Pakatan Harapan) lebih mementingkan permainan politik daripada kesejahteraan rakyat. Segala-galanya mahu dipolitikkan dan akibat terlalu yakin bahawa mereka kini kuat, pembangkang tidak mahu berkompromi dalam apa juga perkara biarpun ia demi kebaikan negara apatah lagi untuk rakyat, tambah beliau’

Sikap tidak rasional pakatan pembangkang yang akan menjadikan apa-apa sahaja perkara sebagai isu politik semakin terserlah sebagaimana tindakan mereka yang memanipulasikan situasi ekonomi semasa dengan keadaan negatif. Katanya”

Presiden, Parti Makkal Sakti Malaysia Datuk Seri RS Thanenthiran, tidak hairan dengan sikap pembangkang yang sememangnya mahu mencari kepentingan politik atas semua perkara sebaliknya perlu memuji langkah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Katanya” selepas merasmikan mesyuarat Badan Perhubungan Negeri Pahang yang dipengerusikan oleh En.S.Rajalinggam dengan kerjsama seluruh jawatankuasanya.

Setiausaha Agung, En.Sutager berkata mesyuarat ini bertujuan untuk memberi taklimat sempena PRU-14 yang akan diadakan tidak lama lagi dan Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Pahang telah bersedia bagi menghadapi pilihanraya yang akan datang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here