24hb Februari 2018 – Kepala Batas, SMK Datuk Haji Abdul Kadir telah menganjurkan Pesta Ponggal 2018 yang telah dihadiri oleh para guru dan murid-murid sekolah. Sambutan ini telah diadakan di Dewan Besar SMK Datuk Haji Abdul Kadir.

Kehadiran YBhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran sebagai Tetamu Kehormat bersama En.Vijayackumar, Pengerusi Mmsp negeri P.Pinang, En.Logendhiren, Timbalan pengerusi & ketua pemuda negeri P.Pinang & Puan Sandhi, Setiausaha Mmsp negeri P.Pinang ke Pesta Ponggal telah memeriahkan lagi sambutan ini. 

Datuk Seri telah merasmikan Sambutan Pesta Ponggal ini dan memberi ucapan untuk meningkatkan motivasi generasi muda yang hadir dalam menyertai program tradisional seperti ini pada masa akan datang.

YBhg Datuk Seri juga telah memberi sumbangan Sarapan pagi & makanan tengahari yang telah disediakan oleh Restoran Saravanas. Selain itu, Presiden juga turut menghulurkan Sumbangan dana sebanyak RM 1,000 kepada sekolah berkenaan sempena Sambutan Pesta Ponggal ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here