23 Februari 2018 – Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah menghadiri Program Ramah Mesra bersama Masyarakat Di Sg. Kerang, Bukit Gantang. Program anjuran MMSP Bahagian Bukit Gantang di bawah Ketua Bahagian MMSP Pn. Hamidah telah memperlihatkan kehadiran Ahli Ahli Parti Makkal dari seluruh Bukit Gantang.

Pn. Hamidah semasa ucapan aluan telah meminta supaya masyarakat India menggunakan peluang yang ada disini dengan bernas, dan hanya akan rugi sekiranya tidak berbuat demikian.

YB Dato Dr. Haji Zabri, ADUN Terong, yang turut hadir telah mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran yang sentiasa Turun padang dan membantu masyarakat India di seluruh Malaysia tanpa mengira masa dan amat terharu terhadap komitmen yang diberikan Oleh beliau Kepada masyarakat India selama ini.

Presiden Parti semasa ucapan Perasmian telah menyatakan bahawa seorang pemimpin harus sentiasa berada selangkah dihadapan bagi memastikan kepentingan dan kebajikan masyarakat sentiasa terjaga.

Selain itu, beliau juga telah menyatakan bahawa ADUN Terong YB Dato Dr. Haji Zabrie merupakan seorang pemimpin yang amat memahami keperluan masyarakat dan telah berjaya menukar imej Terong dengan jayanya dengan membawa kemudahan prasarana seperti Tangki Air LAP dan Bomba disini.

Maka wajarlah masyarakat di kawasan Bukit Gantang menyokong beliau sentiasa kerana ia merupakan kewajipan masyarakat kepada pemimpin tempatan dan Kerajaan Barisan Nasional tanpa mempercayai tular dan pernyataan sensasi Oleh pihak pembangkan yang asyik mengutuk kerajaan yang mementingkan kebajikan Rakyat
khususnya di bawah pentadbiran Perdana Menteri Kita.

Seterusnya Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM3000 Kepada Guru Besar SJKT Temerlok untuk Pertandingan Perpustakaan Kebangsaan dan RM 300 Oleh Puan Hamidah berserta Buku Buku UPSR

Sumbangan sebanyak RM 500 Kepada adik Desmond Raj yang telah mengalami kecederan otak dan berada Dalam keadaan koma. (2 Tin Susu Ensurefos sumbangan Pn. Hamidah)

Sumbangan sebanyak RM 500 Kepada Pn. Nagamah yang menghidapi Kanser Darah Putih (2 tin Susu Ensurefos sumbangan Pn. Hamidah)

Sumbangan RM 200 Kepada Murid Cemerlang UPSR adik Tarshini dan RM 100 Oleh Puan Hamidah

Sumbangan sebanyak RM 150 setiap bulan Kepada Adik Waigian untuk kos pendidikan sekolah menengah sehingga tamat pembelajaran.

Sumbangan RM 200 Kepada ibu tunggal Pn. Muniamah.

Program Ramah Mesra ini diakhiri dengan jamuan bersama masyarakat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here