25 Feb 2018 – Yang berbahagia Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah mempengerusikan Program Ramah Mesra bersama masyarakat Muallim di Dewan Kuil Sri Meenachi Amman pada pukul 2.00 petang.

Program Anjuran MMSP Bahagian Muallim telah memperlihatkan kehadiran Ahli Parti yang menyokong Parti dan Kerajaan Barisan Nasional.

Ketua Bahagian MMSP MUALLIM, telah menyatakan bahawa beliau berbangga dan berterima kasih Kepada Presiden Parti yang sentiasa prihatin terhadap kebajikan masyarakat tanpa mengira masa dan berjanji akan setiap menjalankan tugasan yang telah diamanahkan sebagai seorang Ketua Bahagian.

Presiden Parti semasa ucapan Perasmian menyatakan bahawa, pangkat dan status harus diketepikan semasa berkhidmat untuk masyarakat. “Sedangkan Perdana Menteri boleh Turun padang, jangan Kita hanya berpeluk tubuh sahaja”, ujar beliau semasa menyatakan komitmen Perdana Menteri Dalam mentadbir urus kerajaan dan masyarakat Malaysia di bawah pimpinan Barisan Nasional.

Beliau juga telah membidas pernyataan Tun Mahathir yang meminta jangkamasa 2 tahun untuk membuat sesuatu untuk Komuniti India dengan menyatakan selama 22 Tahun sebagai Perdana Menteri tidak melakukan Apa Apa, cukupkah 2 Tahun untuk mebayar Hutang tersebut Kepada masyarakat India. Rakyat harus fikir secara kritis siapakah yang sedang melakukan transformasi rakyat dan ia semestinya YAB Dato Seri Haji Najib Tun Razak. Maka wajarlah Barisan Nasional menjadi pilihan Utama setiap orang.

Beliau telah mengakhiri ucapan dengan penganugerahan RM 300 dan Lawatan percuma ke Krabhi, Thailand Kepada Adik Yuvaraj yang merupakan Pelajar Cemerlang UPSR 2017 (8A) dari SJKT SLIM RIVER. Sumbangan tambahan RM 100 oleh En. SK Rao.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here