26 Februari 2018 – Ybhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran telah melawati Kuil Sri Kailaaya Nathar di sebagai Lawatan Kerohanian.

Kuil Sri Kailaaya Nathar yang terletak di Kem Tentera Udara Diraja Malaysia ini telah dibina oleh Perajurit Perajurit yang beragama Hindu dengan kebenaran Komandan pada Tahun 1977.

Presiden Parti telah disambut dengan meriah sekali oleh Jawatankuasa Kuil yang terdiri daripada Pengerusi Kuil, Mejar (Bersara) En. Sri Tharan dan Sami Kuil Siva Pusagar Shanmugam yang juga merupakan Bekas Tentera Udara di Kem ini.

Ahli Jawatankuasa telah mengadakan perbincangan bersama Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran berkenaan beberapa isu yang berkait Kepada Kuil yang mempunyai penganut di dalam dan di luar Kem Tentera ini.

Ybhg Datuk Seri Presiden telah menyatakan bahawa Kuil yang amat cantik ini berupaya menenangkan fikiran serta menjadi Pusat Keagamaan setempat ini harus dipelihara. Beliau juga menyatakan bahawa akan membantu Kuil ini sepanjang masa.

Turut hadir bersama En. Vijayakumar, Timbalan Pengerusi MMSP Selangor, En. Kanesh Naib Pengerusi MMSP Negeri Selangor dan En. Manimaran Ketua Pemuda MMSP Kebangsaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here