11 Mac 2018 – Ybhg. Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah menghadiri Program Gerak Gempur PRU Ke- 14 Edisi Pahang bermula di Kuala Lipis hari ini.

Saudara Kantha Rao selaku wakil En. Prakash, Ketua Bahagian Kuala Lipis telah menyatakan bahawa Parti Makkal Sakti telah menabur jasa Kepada masyarakat India di Kuala Lipis khususnya. Beliau telah mengucapkan ribuan terima kasih Kepada Presiden Parti atas komitmen yang diberikan Kepada masyarakat India di Malaysia.

Saudara Mohd Farid Noh, Ketua Pemuda UMNO Lipis yang hadir sebagai wakil YB Dato’ Abdul Rahman, Ahli Parlimen Lipis mengucapkan Terima kasih Kepada Datuk Seri Presiden kerana telah turun padang untuk menyokong Barisan Nasional dan Tampuk Pimpinan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak.

“Kita berterima kasih Kepada mereka yang membantu orang kita. Peruntukkan Khas untuk orang kita, pembinaan Sekolah Tamil yang canggih untuk kita, tidak dilupa hak kita diberi balik! Kita sokong PM yang kita sanjungi”, ujar Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia semasa ucapan perasmian. Beliau telah menambah bahawa jangan terpedaya dengan tohmahan dan tular pihak pembangkang khususnya semasa saat saat akhir sebegini untuk memancing undi.

Kita harus faham hak yang dirampas semasa Tun Mahathir telah mula dipulangkan Oleh Perdana Menteri Kita. Wajarlah Kita sokong orang yang mencapai tangan Kita yang selama ini menggapai, tambah Beliau lagi.

Datuk Seri R. S. Thanenthiran seterusnya merasmikan Perayaan Tamilar Thirunaal Anjuran MMSP Kuala Lipis dan menyampaikan hadiah Kepada pemenang Peraduan Mewarna.

Turut Hadir, En. Rajalingam, Pengerusi MMSP Pahang, En. Sutager,Setiausaha Kehormat MMSP, En. Gauthaman Timbalan Pengerusi MMSP Negeri Sembilan, En. Saravanan Naib Pengerusi MMSP Pahang, Sdr A. Manimaran, Ketua Pemuda Kebangsaan dan Skuad AJK MMSP Rembau.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here