04 Mac 2018 – Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah menghadiri Program Gerak Gempur PRU KE 14 di Tapah, Perak.

Program yang dianjur Oleh Parti Makkal Sakti Bahagian Tapah telah dimeriahkan dengan kehadiran pelbagai lapis masyarakat India Yang merupakan penyokong tegar Parti Makkal Sakti Malaysia.

Pn. Vanaja , Ketua Bahagian Tapah mengucapkan ribuan terima kasih Kepada Presiden Parti yang sendiri Turun padang untuk berjumpa bersama pengundi dan penyokong Parti Makkal Sakti tanpa mengira masa .

Yang berbahagia Datuk Seri R.S. Thanenthiran semasa ucapan Perasmian telah menyatakan bahawa komitmen Parti Makkal Sakti adalah untuk Barisan Nasional, dan Perdana Menteri yang melaungkan hak rakyat berbangsa India di Malaysia.

Presiden Parti juga telah mengulas pernyataan Menteri Besar Negeri Perak YB Dato Seri Zambry Abdul Kadir yang menyatakan Parti Makkal Sakti amat sistematik Dalam perancangan sokongan Kepada Barisan Nasional. Presiden menyatakan is memang menjadi kewajipan kami kerana Barisan Nasional di bawah pimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak telah mengembalikan hak hak orang India yang dilupakan Oleh Tun Mahathir.

Namun, beliau telah menyatakan bahawa tiada sesiapa pun boleh menggugat kedudukan Parti Makkal Sakti dengan lemparan tohmahan dan menghalang dari berkhidmat Kepada masyarakat India. Beliau membidas segelintir pemimpin yang hanya ‘berpeluk tubuh’ dan memberikan persepsi negatif terhadap mereka yang berkhidmat akan dilupakan masyarakat begitu sahaja.

Beliau telah meminta masyarakat India di Tapah untuk terus menyokong Barisan Nasional untuk pengorbanan Perdana Menteri Kita.

Turut hadir, Sdr.Sutager, Setiausaha Kehormat, En. Vijayakumar, Timbalan Pengerusi Negeri Selangor, En. Gouthaman, Timbalan Pengerusi Negeris Sembilan, En. SK Rao, Bendahari Negeri Perak dan Sdr. Manimaran Ketua Pemuda Kebangsaan untuk meneguhkan solidariti Parti.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here