15 Mac 2018 – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengadakan pertemuan tertutup dengan jentera Barisan Nasional (BN) Perak bersempena program Jelajah Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Amanjaya di sini, hari ini.

Perjumpaan itu dihadiri Pengerusi BN negeri yang juga Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; dan Pengerusi Parti-parti komponen & Freinds of BN Negeri Perak.

Presiden Party Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri RS.Thanenthiran, Setiausaha Agung S.Sutager, Ketua-Ketua Bahagian, AJK Bahagian, Pemuda dan Wanita Negeri Perak.

Perdana Menteri turut berkata, BN perlu Menang Bergaya, Mampu Realisasikan Semangat Luarbiasa BN Perak perlu ada KPI dan perlu tambah kerusi dan benar-benar menterjemahkan kemenangan dan tubuh kerajaan yang kuat menang 24 kerusi Parliamen Perak.

Pengerusi BN menyampaikan amanat kepada lebih 2,000 jentera BN negeri. Pada pertemuan itu, dan turut melancarkan jentera BN Perak bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here