7 March 2018 – SUNGAI BULOH: Karnival Bahasa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil RRI Sungai Buloh telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia dalam ucapannya berkata program ini bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam Bahasa Tamil yang merupakan subjek penting di SJK(T). Selain itu, katanya, ia juga bertujuan menanamkan semangat mencintai bahasa ibunda kita, iaitu Bahasa Tamil.

Selain itu, Presiden Datuk Seri R.S. Thanenthiran juga turut memberi sumbangan dana sebanyak RM 10,000.00 kepada SJK(T) RRI, Sungai Buloh berkenaan sempena Karnival Bahasa ini.

Hadir sama, En Sutager Subramaniam, Setiausaha Kehormat Kebangsaan MMSP, En Vijayakumar, Timbalan Pengerusi MMSP Negeri Selangor, En Gouthaman, Timbalan Pengerusi MMSP Negeri Sembilan, En Kanesh, Naib Pengerusi MMSP Negeri Selangor, En Devyaanthiran, Ketua Pemuda MMSP Negeri Selangor serta Ahli-Ahli Jawatankuasa MMSP.

“Program tahunan ini bertujuan mencungkil bakat dan minat murid dalam Bahasa Tamil yang merupakan subjek penting di SJK(T).”

Datuk Seri R.S Thanenthiran merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat atas usaha dan inisiatif dalam menyumbang tenaga dan idea bagi memastikan kejayaan program ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here