3 Mac 2018 – Konvensyen Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Sembilan ini adalah platform untuk setiap pemimpin Makkal Sakti termasuk di peringkat akar umbi berbincang dan mencambah buah fikiran sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Konvensyen bertemakan MMSP Gerak Gempur PRU-14 itu akan menjadi pemangkin kepada gerak kerja MMSP Negeri Sembilan yang fokus untuk memperkukuhkan parti.

Katanya, konvensyen yang dirasmikan oleh Y.A.B Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan telah dihadiri pemimpin MMSP Negeri Sembilan ter­diri daripada se­mua di peringkat Wanita, Pemuda dan Puteri kira-kira seramai 2000 ahli-ahli MMSP NS.

Majlis Konvensyen Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Sembilan telah dihadiri oleh Tetamu Kehormat: YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia. Turut hadir bersama, pemimpin-pemimpin Tertinggi MMSP serta parti komponen Barisan Nasional.

“Konvensyen ini akan jadi pemangkin kepada gerak kerja PRU-14 untuk jaminan rakyat tetap bagi sokongan kepada parti.” Semua pandangan atau idea yang dicambahkan dalam konvensyen ini termasuk isu-isu yang mungkin dicetuskan akan dikumpul dan diperhalusi…”

Kesetiaan para perwakilan berada dari seawal petang hingga ke majlis perasmian penutup menyatakan dan membuktikan komitmen yang tinggi setiap ahli MMSP Negeri Sembilan katanya oleh Datuk Seri R.S Thanenthiran.

Parti Makkal Sakti Malaysia sebagai tunjang BARISAN NASIONAL harus FOKUS terhadap memenangi PRU14!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here