11 Mac 2018 – Ybhg. Datuk Seri R. S. Thanenthiran telah menghadiri Program Gerak Gempur PRU Ke- 14 Edisi Pahang di Karak hari ini.

Pn. Saraswathy, Ketua Bahagian Karak telah menyatakan bahawa Parti Makkal Sakti telah memberikan nafas baharu kepada masyarakat India khususnya belia belia India di sini.

Beliau telah menyatakan bahawa Parti Makkal Sakti Malaysia Bahagian Karak akan menjalankan tugasan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat disini.

“Pembangkang sudah ketandusan idea dengan hanya membangkitkan topik GST kerana ianya berkait perihal kewangan. Pernyataan sensasi ini sering dipraktik tanpa usul periksa yang mencetuskan perasaan negatif masyarakat”, kata Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran semasa ucapan perasmian beliau.

Orang orang yang tidak memahami fungsi GST akan dipengaruh oleh pihak Pembangkang.

Presiden Parti telah menyatakan bahawa barang barang keperluan harian yang digunakan oleh masyarakat tidak dikenakan GST dan masyarakat harus tahu apakah barangan yang dikenakan GST.

Beliau juga telah membidas bahawa Malaysia mempunyai kadar GST yang Tertinggi di Rantau Asia Tenggara dengan fakta bahawa negara negara jiran seperti Indonesia dan Singapura yang masing masing mengenakan kadar GST 9% dan 7%. Malaysia mempunyai kadar GST yang terendah berbanding mereka.

Menurut beliau, Perdana Menteri telah mengambil setiap satu langkah yang teliti dan sistematik untuk memastikan kepentingan dan hak antara kaum terjaga. Perkara ini telah dilupakan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir. Maka haruslah Kita berganding bahu untuk memastikan BN menjadi parti yang mampu membawa kesejahteraan Kepada masyarakat India.

Presiden Parti telah meminta masyarakat India Karak yang merupakan Ahli Ahli Makkal Sakti Malaysia untuk menyahut cabaran PRU Ke 14 dan pastikan kemenangan adalah untuk Barisan Nasional demi kesejahteraan generasi akan datang.

Ybhg Datuk Seri R. S. Thanenthiran seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Sukantara Keluarga Anjuran MMSP Karak dan menyampaikan Hadiah Kepada Semua pemenang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here