25 Februari 2018 – Datuk Seri R.S.Thanenthiran, Presiden MMSP telah mempengerusikan mesyuarat Gerak Gempur PRU Ke-14 MMSP Bahagian Tanjung Malim. Pelbagai perkara telah dibincangkan mengenai Pilihan Raya akan datang serta parti kita.

Presiden telah menyumbangkan 2 kerusi roda kepada ahli bahagian Tanjung Malim. Seterusnya, Presiden telah menyumbangkan wang tunai sebanyak RM 500 kepada ahli/pesakit untuk perbelanjaan hospital. Serta Presiden juga berjanji akan membantu seorang ahli yang mengalami masalah mata untuk rawatan percuma. Akhirnya, Presiden berjanji akan memberikan 2 buah bas untuk lawatan suci ke kuil Maran.

Turut hadir bersama En S.Sutager, Ev.V.Gopalakrishnan, En.A.Dass, Pn Hamidah, En. A.Manimaran dan Ketua-Ketua Cawangan serta ahli-ahli MMSP.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here