14 March 2017 – KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pergerakan Wanita Kebangsaan Parti Makkal Sakti Malaysia yg diadakan di Pejabat HQ Wilayah Perseketuan Vista Sentral, Brickfields Kuala Lumpur yang Dirasmikan oleh YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia.

Turut hadir ialah Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia.

Kira-kira 250 Ahli Jawatankuasa Wanita Kebangsaan Parti Makkal Sakti Malaysia di seluruh negeri hadir ke mesyuarat tersebut dan bersedia digerakkan membantu Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU-14).

Ketua Wanita MMSP, Datin Seri Vaney berkata mereka dalam keadaan bersiap siaga dan akan bekerja sebaik mungkin bagi memperoleh kemenangan cemerlang pada PRU-14 nanti.

“Wanita MMSP mempunyai susun atur kerja yang tidak bermusim malah sentiasa mendampingi rakyat ketika senang mahupun susah,” katanya oleh Datuk Seri R.S Thanenthiran.

Mesyuarat Wanita MMSP Wanita Kebangsaan yang dipengerusikan Oleh Presiden bersama 3 Naib Presiden dan Wakil Wanita dari seluruh Negeri telah memilih Datin Seri Vaney sebagai Ketua Wanita MMSP Kebangsaan. Jelas sorakan dan tepukan yang kuat menunjukkan sokongan padu sebulat suara pemilihan yang tempat pada masanya

Seterusnya, YBhg Presiden telah membincangkan beberapa perkara:-

1. Tugasan Khas Ketua – Ketua Wanita untuk Konvensyen Hari Wanita.
2. Strategi dan Perancangan Wanita untuk Program tersebut.

“Kita bukan membuat kerja pada saat akhir, tetapi sentiasa turun padang memberi perkhidmatan sepanjang masa. Menjelang PRU-14, usaha itu digandakan bagi memastikan kemenangan BN,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here