07 March 2018 – SELANGOR: Majlis Jamuan Rakyat dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Selangor di Dataran Kampung Sungai Chik, Ulu Yam dekat sini hari ini digegarkan dengan laungan ‘Tawan Selangor’ dan ‘Wajib Menang’.

Perdana Menteri yang tiba tepat pukul 12.30 tengah hari disambut dengan tepukan gemuruh oleh para hadirin yang turut mengibarkan bendera Barisan Nasional tersebut.

Yang turut hadir Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia serta penduduk tempatan termasuk ahli-ahli parti komponen dalam BN.

Semangat Jentera Barisan Nasional Negeri Selangor yang dihadiri oleh kira-kira 5,000 hadirin itu menjadi petunjuk jelas kepada kebersediaan BN Negeri Selangor merampas semula negeri itu daripada pembangkang.

#BNSelangor
#RakyatDidahulukan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here