12 July 2018 – KUALA LUMPUR: Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri R.S Thanenthiran mengadakan Perjumpaan bersama Presiden Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA), Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader di Ibu Pejabat Kimma, Jalan Masjid India Kuala Lumpur pada tengah hari tadi.

Semasa perjumpaan tersebut, YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia bertukar-tukar pandangan dan membincangkan isu-isu yang menjelang kini selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bagi Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, beliau sedar semua pihak termasuk dirinya bersedih namun itu bukanlah penghujungnya. Kita wajar muhasabah diri untuk bangkit semula dalam memperjuangkan demi Negara Malaysia yang terbukti dulu dan kini.

Memang Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak telah melakukan yang terbaik untuk negara dan parti. Tetapi rakyat seperti dibelenggu dengan persepsi negatif tetapi ia BOLEH DIUBAH dan yakin kita akan bangkit semula sebagai sebuah parti yang baru yang boleh penuhi cita rasa rakyat terutama golongan muda yang banyak menentang kerajaan (BN) selama ini katanya oleh YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran ketika perbualan bersama Presiden KIMMA di Ibu Pejabat Kimma, Kuala Lumpur hari ini.

Turut bersama, Ahli Jawatankusa Tertinggi EXCO Parti Makkal Sakti Malaysia.

Sekian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here