12 July 2018 – KUALA LUMPUR: Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran telah mengadakan perjumpaan bersama Y.A.B Dato’ Seri Najib Bin Tun Abdul Razak, Mantan Perdana Menteri Malaysia di Kediamman beliau di Jalan Langgak Duta, Taman Duta Kuala Lumpur di sini, pada pagi tadi.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia telah menyatakan sokongan penuh beliau dan keseluruhan ahli Parti Makkal Sakti Malaysia yang tidak berbelah bagi kepada Mantan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri Najib Tun Razak.

Parti Makkal Sakti Malaysia juga tidak akan melupakan jasa baik Mantan Perdana Menteri Malaysia yang selama sembilan tahun telah mentransformasi sekolah-sekolah tamil, memberi dana yg cukup tinggi khususnya untuk masyarakat India dengan wajah baru dan lain lain juga.

Mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah pemimpin terbaik jika dibandingkan dengan barisan pemimpin terdahulu. Tidak boleh ditandingi oleh mana-mana pemimpin” katanya ketika perbualan bersama Mantan Perdana Menteri, di Jalan Langgak Duta, Taman Duta Kuala Lumpur hari ini.

Turut bersama, Ahli EXCO Tertinggi Parti Makkal Sakti Malaysia.

Sekian

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here