14 July 2018 – Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran meneruskan usaha membantu Anak-Anak Yatim Ramakrishna Ashram sejak tahun 2014 sampai kini.

Menerusi kerjasama erat bersama Ramakrishna Ashram, Pulau Pinang. Program tersebut telah berjaya disempurnakan oleh YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia pada hari ini, petang tadi dan akan diteruskan pada masa akan datang juga.

Dengan itu, Datuk Seri R.S Thanenthiran juga telah mengadopsi 10 anak-anak yatim dan telah memberi sumbangan sebanyak RM1,500.00 kepada seseorang dan jumlah kos seluruh ialah RM15,000.00 pada setiap tahun.

Tambahan juga, Datuk Seri R.S Thanenthiran telah berjanji akan memberi lawatan percuma untuk anak-anak Ramakrishna Ashram pergi melancong ke tempat yang menarik di dalam Malaysia pada tahun ini.

Parti Makkal Sakti Malaysia sentiasa memberi keutamaan sangat tinggi terhadap bidang pendidikan kerana menguasai limu dan kemahiran adalah prasyarat untuk berjaya di dunia dan akhirat kata Datuk Seri R.S Thanenthiran.

Turut bersama Presiden, En Vijayackumar, Pengerusi MMSP Negeri Pulau Pinang dan En Logendhiren, Ketua Pemuda MMSP Negeri Pulau Pinang.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here