KEDAH: 21 Oktober 2018 – Majlis Gotong Royong telah diadakan pada 21 Oktober 2018 bertempat di persekitaran Kuil Sri Varasakthi Vinayagar Batu Dua, Sungai Petani, Kedah.

Program ini telah dihadiri oleh YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia bersama Isterinya Datin Seri Vaney Thanenthiran dan Datuk O.G Shanmugam, Bendahari Kehormat Kebangsaan merangkap Pengerusi MMSP Negeri Kedah serta ahli-ahli Parti Makkal Sakti Malaysia dari negeri Pulau Pinang & Negeri Kedah.

Objektif Program Gotong Royong yang diadakan untuk sama-sama menyumbang tenaga diri untuk membersihkan kawasan kuil serta aktiviti menanam pokok-pokok semula di persekitaran kuil untuk menyerikan pemandangan sekitar kuil.

Inisiatif Parti Makkal Sakti Malaysia menganjurkan Program Gotong Royong di kuil baru-baru ini antara usaha menyemai semangat sukarelawan. Menyemai semangat sukarelawan dan amalan gotong-royong yang menjadi tunjang perpaduan masyarakat sejak dulu perlu dikekalkan terutama generasi hari ini katanya, “Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia.”

Dengan ini, YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua Ahli-Ahli Parti Makkal Sakti Malaysia yang hadir dan menjayakan program gotong royong ini.

Sekian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here