24 December 2017 – 8.01pm, Team Chandigarh Parti Makkal Sakti Malaysia 2017 telah menyampaikan cenderahati kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri R.S Thanenthiran – Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia sebagai tanda menghargai jasa baik beliau Yang telah menghantar Delegasi MMSP ke Global Youth Peace Fest-(GYPF 2017) di Chandigarh, India.

Delegasi MMSP ini telah menjalankan tugas dengan sebaik mungkin serta telah mengambil tanggungjawab untuk memperkenalkan Pergerakkan Pemuda dan Wanita Parti Makkal Sakti Malaysia di mata dunia.

Delegasi (GYPF 2017) ini berterima kasih Kepada YBhg Datuk Seri R.S Thanenthiran yang bermatlamat untuk melahirkan pemimpin alaf Baru yang berupaya berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah di arena global. Setiausaha Agung, En. Sutager Subramaniam – Setiausaha Kehormat Kebangsaan MMSP juga telah dihargai selaku orang yang bertanggungjawab untuk Delegasi ini untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.