Pada 04hb February 2018 – Pengerusi Badan Perhubungan Parti Makkal Sakti Malaysia Negeri Sembilan- Dato.V.Saravanakumar, Puan.Kumutha Veeran Setiausaha MMSP Negeri Sembilan, Puan.Letchumy Bendahari MMSP Negeri Sembilan, En.Gouthaman Timbalan Pengerusi N.S, Pn.Nalinidevi Ketua Wanita N.S dan Jawatankuasanya telah menganjurkan aktiviti Pesta Ponggal bagi tahun 2018 peringkat bahagian seremban. Aktiviti ini telah dilaksanakan sejak pagi hingga petang dengan kehadiran Datin Chandravathi Saravanakumar. Program ini telah dihadiri kira-kira seramai 200 orang penduduk sekitar Bahagian Seremban berkenaan.

Tujuan aktiviti ini diadakan adalah bagi mengeratkan lagi semangat kejiranan antara penduduk kaum India beragama Hindu dengan melaksanakan memasak nasi manis (Pongal) Mengikat Bunga, Pertandingan mewarna dan lain-lain. Melalui aktiviti ini, masyarakat yang berlainan kaum dan agama dapat memahami kebudayaan dan adat resam kaum India yang beragama Hindu.

Turut hadir bersama adalah, Sdr.S.Sutager- Setiausaha Kebangsaan Parti Makkal Sakti Malaysia, Sdr.A.Manimaran- Ketua Pemuda Kebangsaan MMSP, Dato Hj Syed Mohd Ali bin Syed Mohammad -Naib President Kimma, Dato S.Batumalai-Ketua MIC Bhagian Seremban, Mr.Yee Hee Loong -Pengerusi JKKK Kg.Baru Nilai, Ybhg En.Kassim-Penerangan KIMMA N.S, En.Mujeebur Rahman Bin Muthalip -Ahli Exco KIMMA N.S, dan Pemimpin-pemimpin tempatan.

Majlis penyampaian sumbangan Saree dan Kerusi Roda telah diedarkan kepada mereka yang memerlukan, dan menyampaian hadiah kepada peserta turut diadakan. Majlis diserikan dengan hidangan jamuan ringan.