TAPAH, 10hb February 2018- Keperluan dan kebajikan golongan yang kurang bernasib baik khusunya warga Ibu Tunggal terus diberikan keutamaan tanpa membezakan latar belakang kaum mahupun perbezaan ideologi politik.

Presiden, Parti Makkal Sakti Malaysia Datuk Seri.RS.Thanenthiran, berkata” kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak pernah meminggirkan soal kebajikan rakyat dan perkara itu terbukti sejak dahulu tanpa berkurangan baik dari segi bantuan mahupun jumlah peruntukan.

“Parti Makkal Sakti Malaysia, tidak pernah melaksanakan bantuan hanya untuk berpolitik ataupun musim pilihanraya sahaja, sebaliknya ia dilaksanakan berterusan merangkumi segenap lapisan masyarakat di seluruh negara tanpa pernah mengira perbezaan politik.

“Inisiatif ini nyata berbeza berbanding Pakatan Harapan yang dilihat gemar berpolitik dengan menabur pelbagai janji kononnya bagi membantu rakyat sebaliknya, mereka tidak laksanakan dengan konsisten, hanya ketika kempen menjelang pilihan raya sahaja demi meraih undi,” katanya.

Presiden, Parti MMSP berkata demikian semasa berucap dalam Program Perasmian Mesyuarat Agung Pertubuhan Ibu Tunggal Malaysia Bersama Pemimpin Parti Makkal Sakti Malaysia yang di pengerusikan oleh Puan.Vanaja Manavalan selaku Ketua Bahagian MMSP Tapah di sini.

Hadir sama, Setiausaha Agung MMSP Sdr.S.Sutager, Ketua Penerangan Kengsaan MMSP ML.Manivannan, Tim.Pengerusi MMSP Selangor En.Vijiakumaran, Setiausaha Pemuda Sdr. Devyaanthiran, Ahli ahli parti.