11 February 2018, NEGERI SEMBILAN – Seramai lebih 200 ahli-ahli Parti Makkal Sakti Malaysia Bahagian Jempol, Negeri Sembilan hadir pada “PROGRAM SANTAI BERSAMA PRESIDEN PARTI MAKKAL SAKTI MALAYSIA” yang dianjurkan MMSP Bahagian Jempol di sini hari ini.

Program Santai Bersama Presiden MMSP ia adalah platform terbaik untuk rakyat bersemuka dan bersantai bersama pemimpin.

Turut hadir bersama, En Sutager Subramaniam – Setiausaha Kehormat Kebangsaan MMSP, En Manimaran Armugam – Ketua Pemuda Kebangsaan MMSP, Puan Naliny Devi – Setiausaha Wanita Kebangsaan MMSP, En DevyaanThiran Veeraiah – Setiausaha Pemuda Kebangsaan MMSP, En Gouthaman – Timbalan MMSP Negeri Sembilan merangkap Ahli Majlis Tertinggi MMSP dan En Kanesh – Naib Pengerusi MMSP Negeri Selangor merangkap Majlis Tertinggi MMSP.

Dalam pada itu, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia – Datuk Seri R.S Thanenthiran berkata, program berkenaan menjadi pemangkin kepada hubungan erat antara pemimpin dan ahli-ahli MMSP Bahagian Jempol, NS.

Datuk Seri R.S Thanenthiran mahu semua ahli di peringkat negeri, bahagian, sayap dapat bergerak secara tersusun dengan meletakkan kepentingan parti sebagai asas perjuangan.

Katanya, Presiden parti mengingatkan semua pemimpin mengenai keperluan untuk bekerja di luar kotak dan bukan secara konvensional bagi memastikan rakyat terus menyokong BN.

“Semua perlu siap siaga, tautkan perpaduan dan kebersamaan dengan kerja berpasukan serta melakar strategi yang betul mengikut kawasan masing-masing.