10hb Februari 2018, Butterworth – Yayasan Sakti dengan kerjasama SMK Convent Butterworth telah menganjurkan “Sambutan Pesta Ponggal 2018” yang telah dihadiri seramai 250 orang termasuk pelajar, ibu bapa dan guru-guru.

Majlis ini bertambah meriah dengan kehadiran YBhg Datuk Seri R.S. Thanenthiran selaku Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia & Pengerusi Yayasan Sakti Malaysia.

Beliau telah merasmikan Sambutan Pesta Ponggal 2018 dan mengucapkan Tahniah kepada pengurusan sekolah kerana julung kali menganjurkan Sambutan ini. Turut hadir bersama En.Vijayackumar, Pengerusi Mmsp Negeri P.Pinang, En.Logendhiren Timbalan & K.pemuda Mmsp Negeri P.Pinang, Puan.Sandhi Setiausaha Mmsp Negeri P.Pinang & Ahli ahli Ajk Mmsp Negeri P.Pinang.

Selain pertandingan masak ponggal, pelbagai acara lain juga telah diadakan seperti, pertandingan kolam, kalungan bunga Maalai, Toranam, peraduan melukis dan mewarna. Yayasan Sakti juga telah memberi sumbangan hadiah untuk semua acara yang diadakan. Makanan tengahari juga telah disediakan kepada semua yang hadir oleh Restoran Saravanas. Para pelajar dan pengurusan sekolah sangat gembira dan berterima kasih kepada Parti Makkal Sakti & Yayasan Sakti.