10hb February 2018, Bukit Beruntung- Sistem pendidikan merupakan asas penting bagi membangunkan masyarakat India dan negara kearah yang lebih baik. Malaysia merupakan negara yang mempunyai masyarakat majmuk di mana setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan selari dengan keperluan masyarakat. Dasar pendidikan yang dilaksanakan bukan sahaja bertujuan untuk memberi pelajaran di sekolah semata-mata tetapi sebagai alat untuk merealisasikan perpaduan bangsa. Melalui sistem persekolahan, Kerajaan telah memberi pelajaran kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa,agama, dan warna kulit. Katanya” Datuk Seri. RS.Thanenthiran dalam Majlis Pelancaran Buku berjudul “Ilamchuvadu” diterbitkan oleh pihak sekolah SJKT Bukit Beruntung, Selangor.

Datuk Seri.Thanenthiran juga berkata di samping jaminan untuk melindungi bahasa Tamil dan mengekalkan sekolah vernakular di negara ini, beliau berharap tidak lama lagi akan diwujudkan sekolah menengah Tamil yang pertama di negara ini.

“Untuk mempunyai sekolah menengah merupakan impian masyarakat ini sejak sekian lama dan saya berharap kerajaan akan menilai dalam semua sudut untuk pertimbangan,” katanya. Datuk Seri.Thanenthiran menegaskan pendidikan amat penting bagi masyarakat india dalam usaha untuk mengatasi gangsterisme dan masalah sosial lain melibatkan belia India. “Dengan pendidikan baik dan dilengkapi nilai-nilai moral dan agama, mereka akan mempunyai masa depan lebih baik,” katanya.

Perdana Menteri. YAB Datuk Seri.Najib Razak, telah membawa Sistem pendidikan, melalui sistem persekolahan, merupakan elemen yang penting bagi sesebuah negara dalam usaha menuju ke arah membangunkan masyarakat dari segi ekonomi, politik, dan sosial. Sistem persekolahan bukan sahaja berperanan untuk memberi pelajaran kepada masyarakat semata-mata, bahkan ia merupakan saluran untuk menyampaikan kepada rakyat berkenaan dengan wadah perjuangan negara yang sangat mementingkan nilai-nilai murni dalam masyarakat berbilang kaum demi mencapai perpaduan. Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum, agama,dan adat resam di mana ia dikenali sebagai masyarakat majmuk. Pelaksanaan sistem pendidikan yang dijalankan telah mengikut keperluan dan kesesuaian masyarakat Malaysia.

Sdr.Sutager selaku Setiausaha Agung Parti membeli buku dengan sumbangan RM 3,000.00 mewakili parti.